SHINE YOUR LIFE WITH LOVE IN YOUR HEART !!!!
FILL YOUR NIGHT WITH DREAMS !!
Bila sudah tiada..
Kepercayaan merupakan sesuatu yang kita tak boleh beli... Tapi perlu dimiliki...
Apabila kepercayaan sudah hilang daripada dunia ini... Maka hilanglah cinta dan kasih sayang di dunia ini....
hari ini masih seperti semalam, berjalan melaluimu tanpa kau sedari, aku berdiri di sisimu, juga tanpa kau sedari. melihatmu, aku tersenyum, juga tanpa kau sedari... hati ini mengingatmu juga tanpa kau mahupun aku sedari.. kini, kau mula menyedari kewujudan aku, namun, aku sudah mula menghilang, kau berjalan melaluiku, tanpa ku sedari, kau berdiri disisiku, tanpa ku sedari, kau melihatku, lalu tersenyum , juga tanpa ku sedari.. hatimu mengingatku juga tanpa aku mahupu kau sedari, lalu, kau mula menghampiriku, tetapi mengapa?... selangkah kau maju ke arahku.. aku mula berundur selangkah ke belakang darimu.. apabila kau menghampiriku, aku mula menjauhimu, apabila kau berbicara denganku, hati kosong.. ini kerana... kerana kau bukan. lagi sebahagian dari aku.. bukan lagi orang yang dulu jika hanya melihatmu aku tersenyum.. karna kau bukan .. aku mengucapkan selamat tinggal... ini bukanlah perpisahan, kerana kisah kita tidak pernah bermula.....
aku tak rasa ia seperti cinta, aku beritahu diriku ianya bukan cinta , aku menafikan ia, tetapi..kenapa hatiku asyik memanggil namamu, aku mengambil selangkah... ke arahmu... menolak kau selangkah, ke belakang... setiap kali aku teringatkan kau, hatiku terus berkata .. aku sayang padamu.. aku menantimu..dalam diam.. terus berpura-pura.. seperti tiada apa-apa yang berlaku, terus menipu.. diri dan perasaan, adakalanya cinta, adakalanya tangisan, biar ia sukar, dari terus sengsara...
Comments
Post a Comment