hari ini masih seperti semalam, berjalan melaluimu tanpa kau sedari, aku berdiri di sisimu, juga tanpa kau sedari. melihatmu, aku tersenyum, juga tanpa kau sedari... hati ini mengingatmu juga tanpa kau mahupun aku sedari.. kini, kau mula menyedari kewujudan aku, namun, aku sudah mula menghilang, kau berjalan melaluiku, tanpa ku sedari, kau berdiri disisiku, tanpa ku sedari, kau melihatku, lalu tersenyum , juga tanpa ku sedari.. hatimu mengingatku juga tanpa aku mahupu kau sedari, lalu, kau mula menghampiriku, tetapi mengapa?... selangkah kau maju ke arahku.. aku mula berundur selangkah ke belakang darimu.. apabila kau menghampiriku, aku mula menjauhimu, apabila kau berbicara denganku, hati kosong.. ini kerana... kerana kau bukan. lagi sebahagian dari aku.. bukan lagi orang yang dulu jika hanya melihatmu aku tersenyum.. karna kau bukan .. aku mengucapkan selamat tinggal... ini bukanlah perpisahan, kerana kisah kita tidak pernah bermula.....